Friday, July 19, 2019

ASG: Kehadiran keluarga pacu kejayaan Hoe Yean



Perenang negara, Khiew Hoe Yean, mengakui kehadiran ibu-bapanya di Semarang, Indonesia menjadi pemangkin semangat untuk meraih pingat emas dalam Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) 2019, petang tadi. 

Hoe Yean, 17, menjadi atlet Malaysia paling sibuk memandangkan dia menyertai tujuh acara membabitkan gaya bebas, rampaian dan kuak lentang di Kolam Renang Jati Diri.

Bagaimanapun, dia membuktikan keupayaan apabila meraih emas kedua kontinjen negara menerusi acara 400 meter gaya bebas dengan catatan masa 3 minit 59.94 saat.

"Saya berasa begitu gembira dan bangga atas kejayaan ini. 

"Tambahan pula saya berjaya memperbaiki catatan peribadi terbaik selama lima saat," katanya.  

Dia mengakui tanpa kehadiran ibunya di Semarang, mungkin dia tidak mampu meraih emas dalam edisi ke-11 temasya berkenaan. 

"Beliau banyak membantu persiapan saya, misalnya membawa saya ke mari. 

"Saya gembira dengan sokongannya di sini," ujarnya.

Dalam pada itu, Hoe Yean turut berjaya menyumbang perak buat pasukan renang melalui acara 200m kuak lentang dengan catatan masa 2 minit 8.1s. 


Sumber : stadiumastro.com

No comments:

Post a Comment