Wednesday, July 25, 2018

Hari 5 : Rangkuman Bola Keranjang


(STADIUM ASTRO) ASG: Ilham raih emas keempat




Atlet pecut remaja negara, Muhammad Ilham Suhaimi, terus menggegar balapan apabila membantu Malaysia meraih emas dalam acara 4x400 meter Kejohanan Sekolah-Sekolah ASEAN Ke-10 di Bukit Jalil, hari ini.

Ilham sebelum ini sudah meraih tiga emas dan untuk acara hari ini, dia sekali lagi menjadi elemen penting kejayaan kuartet Malaysia.

Malaysia yang membariskan Wan Muhd Fazri Wan Zahari, Rusleen Zikri Putra, Aftar Rosli serta Ilham bermula dengan baik apabila memberikan tentangan sengit kepada Thailand dan Indonesia, namun memasuki pelari keempat, Ilham mengatasi pelari Indonesia untuk meraih emas.

Lebih manis, kuartet remaja negara ini memperbaharui rekod kejohanan dengan catatan 3 minit 13.05 saat.

"Saya berjaya bangkit mengatasi wakil Indonesia untuk meraih emas dan sangat gembira di atas pencapaian ini," kata Ilham.

Sebelum itu, kuartet wanita negara turut bersaing, namun gagal menempatkan diri dalam kelompok terbaik dan sekadar menamatkan saingan di tempat ketujuh. Emas milik Vietnam sementara Thailand meraih perak manakala Filipina membawa pulang gangsa.

Dalam acara lompat bergalah pula, wakil Indonesia terlalu sukar untuk ditandingi -- Malaysia sekadar berpuas hati meraih gangsa menerusi Muhammad Naufal Sharul Afzan dengan catatan 4.50m.

"Kecewa kerana gagal melakukan catatan terbaik. Saya akan berusaha meningkatkan lagi mutu lompatan untuk beraksi cemerlang dalam kejohanan akan datang," kata Naufal.

Berita asal : www.stadiumastro.com

Pungutan Pingat Keseluruhan Ping Pong


Acara ping pong turut melabuhkan tirai pada hari ke-4 kejohanan. Singapura mengungguli acara tersebut dengan kutipan 8 pingat keseluruhan. Singapura dan Malaysia masing-masing memperolehi 2 pingat emas dan dibezakan dengan jumlah pungutan keseluruhan pingat. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Emas Untuk Pasukan Bola Jaring Malaysia



Malaysia mengalahkan Singapura pada perlawanan akhir acara bola jaring dengan jaringan 47-26 menyaksikan Malaysia berjaya mendapatkan pingat emas acara berkenaan. Tahniah Malaysia. 

Pungutan Pingat Keseluruhan Olahraga


Acara olahraga telah melabuhkan tirai kejohanan pada hari ke-4 ASG 2018 yang menyaksikan kem Malaysia mengungguli keseluruhan negara dengan kutipan 10 pingat emas. Malaysia juga turut menggungguli kutipan pingat keseluruhan dengan jumlah 30 pingat dilapangan olahraga. Tahniah kem Malaysia.

Pungutan Pingat Keseluruhan Rhythmic Gymnastics


Bagi acara Rhythmic Gymnastics menyaksikan Malaysia mengungguli keseluruhan acara apabila berjaya menyapu bersih 6 pingat emas yang ditawarkan. Tahniah diucapkan kepada kem gimnas Malaysia.

Pungutan Pingat Keseluruhan Gimnastik Artistik


Acara Gimnastik Artistik telah melabuhkan tirai kejohanan pada 23 Julai 2018. Vietnam mendahului senarai pungutan pingat emas dengan jumlah 5 emas di ikuti Indonesia 4 emas dan Malaysia di tangga ke-3 dengan 3 emas. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Pungutan Pingat ASG 2018 Hari 4


Kutipan pingat ASG 2018 hari ke-5. Malaysia masih mendahului kutipan pingat dengan 30 pingat emas.

(NST) ASG : Ilham inspires Malaysia to relay gold


KUALA LUMPUR: Muhammad Ilham Suhaimi powered Malaysia to a dramatic gold in the boys' 4x400m relay in the Asean School Games (ASG) today.
Roared on by a home crowd, Ilham overtook Indonesia's last runner for the lead, with only 20 metres to go, at the National Sports Complex in Bukit Jalil.
Not only did they win the gold, the Malaysian quartet, which also featured Wan Muhd Fazri Wan Zahari, Zikry Putra Rosli and Aftar Rosli, broke the meet record. Their three minutes and 13.05 seconds erased the mark of 3:13.36s set by Thailand in 2016.
Indonesia settled for silver on 3:13.29s while Philippines completed the podium on 13:18.45s.
It was Ilham's fourth gold at the games, having earlier bagged the 4x100m, 400m and 200m titles earlier.
"I told my teammates that we had a chance to win and I am happy that we manage to contribute another gold to the country," said Ilham.
"I have to thank everyone who supported us today, they gave us the strength to succeed."
Hammer thrower Grace Wong and Nurul Alyahaziqah Kamarazaman (3,000m walk) also broke the games’ record en route to gold.
Malaysia’s other medals came through Mohd Ali Razi (silver) in the javelin while Mahira Hanis Ishak (triple jump), Muhammad Naufal Shahrul Afzan (pole vault), Halimaton Saadiah Mohammed Raja (100m hurdles) took bronze.
Malaysia continue to lead the overall medal tally with 30 gold, 26 silver and 25 bronze. Indonesia are second on 24-28-25 while Thailand (15-18-26) are third.

Read More at : www.nst.com.my

Hari 4 : Rangkuman Skuasy


Hari 4 : Rangkuman Badminton