Tuesday, July 23, 2019

11th ASG - Day 5 Medal Tally & Malaysia's Medalists











HARI 5 - RANGKUMAN BOLA KERANJANG

ASG: Pesilat Negara Akhiri Kempen Tanpa Emas


Skuad silat negara menamatkan cabaran tanpa sebarang pingat emas dalam Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (ASG) 2019 selepas harapan terakhir, Ummi Zaite Jabariah Hassan, tewas di Semarang, Indonesia, pagi tadi.

Meskipun beraksi baik dalam separuh akhir ketika menewaskan wakil Filipina, dia gagal mengulangi rentak itu apabila tumbang 0-3 kepada wakil tuan rumah dalam aksi final kelas puteri D bawah 55kg.

Dia cuba mengalahkan lawannya menerusi beberapa teknik sapuan dan tendangan sisi, namun gagal menewaskan lawannya yang lebih lincah. 

Situasi itu secara tidak langsung meranapkan misi negara yang menyasarkan tiga emas, yang menyaksikan kontinjen pesilat negara menamatkan cabaran dengan empat perak dan empat gangsa. 

Sementara itu, harapan terakhir skuad sepak takraw negara untuk merangkul emas melalui acara regu semakin kabur apabila sedang ketinggalan kepada Thailand dalam perlawanan akhir di Dewan Sukan Unika Soegija Pranata.

Terdahulu Malaysia mempamerkan aksi meyakinkan dalam suku akhir bertemu Indonesia, disusuli aksi separuh akhir dengan Filipina.


Stadium Astro

ASG: Izmi Puji Alet Walaupun Gagal Capai Sasaran



Chef-De-Mission (CDM), Izmi Ismail, tetap bangga dengan kontinjen Malaysia walaupun gagal mencapai sasaran 24 pingat emas dalam Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) 2019 di Semarang, Indonesia.

Kesungguhan atlet di pentas ASG edisi ke-19 selaku juara bertahan keseluruhan harus diberikan pujian walaupun gagal mencapai sasaran 24 emas.

Atlet negara bermula dengan perjalanan yang berliku apabila tiba di Semarang hanya beberapa jam sebelum bermulanya perlawanan, namun masih berjaya menyumbang 78 pingat.

Izmi juga berbangga dengan semangat dan disiplin yang ditunjukkan kontinjen negara bagi mempertahankan status juara keseluruhan.

"Sepanjang pemantauan saya di sini, saya lihat mereka bersungguh-sungguh. Kami perlukan latihan dan pendedahan yang banyak," katanya.

"Untuk edisi kali ini, kami mempersiapkan diri selama seminggu. Dalam tempoh itu, banyak pertandingan kami adakan dan saya rasa itu salah satu cara untuk memberi keyakinan kepada atlet semasa bertanding. Saya juga lihat mereka menerima tekanan yang cukup hebat."

Berdasarkan sasaran itu, skuad olahraga negara menjadi taruhan terbesar untuk meraih pingat emas terbanyak, namun pasukan renang yang lebih menyinar apabila mengutip emas terbanyak dengan 11.


Stadium Astro

ASG: Ummi Gembira Banggakan Nama SSMT





Pingat perak di pentas Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) 2019 cukup bermakna untuk pesilat negara, Ummi Zaite Jabariah Hassan, kerana ia penanda aras baru untuk Sekolah Sukan Malaysia Terengganu (SSMT) yang mempunyai dua wakil ke temasya itu.

Ummi menggalas harapan tinggi ketika beraksi dalam final kelas Puteri D bawah 55kg menentang pesilat tuan rumah, Atifa Fismawati Rani.

Dia dan rakan sepelatih, Muhammad Afifi Nazri, menjadi kumpulan pesilat pertama SSMT yang terpilih ke ASG, sekali gus akan membuka laluan kepada pelapis mereka.

Pesilat berusia 17 tahun itu beraksi baik, namun sukar menahan asakan Atifa yang memiliki saiz lebih besar dan tangkas sebelum akhirnya tewas 5-0.

"Saya harap ini adalah satu hadiah penghargaan yang besar untuk sekolah. Saya harap SSMT dapat melahirkan lebih ramai atlet silat dan mewakili Malaysia," katanya.

Malaysia yang dibarisi ramai pesilat berusia 16 dan 17 tahun menamatkan cabaran dengan empat pingat perak dan empat gangsa.

Ia bermakna skuad kendalian Shahrul Fahmi Abu Bakar itu gagal mencapai sasaran tiga emas.

"Memandangkan pertandingan di sini menyaksikan misi gagal walaupun secara keseluruhan, pengadilannya tidak menyebelahi Malaysia tetapi saya terima kekalahan ini," ujar Shahrul.


Stadium Astro

ASG: Futra Puas Walaupun Gagal Atasi Thailand


Pengendali skuad sepak takraw negara, Mohd Futra Abdul Ghani, tetap berbangga dengan anak buahnya meskipun menamatkan saingan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) 2019 dengan kutipan satu pingat perak dan satu gangsa.

Dalam aksi regu, skuad kebangsaan gagal meraih emas pertama apabila tewas 2-0 ketika menentang Thailand tatkala lawan yang dibarisi Teerathep Yansiri, Phichitpong Chakia dan Natthapon Jamratnaw itu jelas lebih ampuh berbanding wakil Malaysia yang terdiri daripada Mohammad Faisal Mohammad Fuad, Noramirul Zarawi dan Afif Jazmin Zainal Abidin.

Set pertama menyaksikan Thailand dengan mudah menguasai perlawanan apabila menang 21-11 dan walaupun skuad negara mempamer kebangkitan dan mengikat kedudukan 17-17 dalam set kedua, ia tidak mampu mengelak daripada kekalahan 21-17.

"Sasaran memang kami tidak dapat raih. Namun, kami masih berjaya meraih perak untuk acara antara regu. Kami beri tentangan kepada Thailand," kata Futra.

Sebelum itu, Malaysia beraksi dengan cemerlang dalam aksi suku akhir apabila berjaya menewaskan Indonesia dan Filipina dalam separuh akhir.


Stadium Astro

ASG: Anthony Akur Kurang Keserasian Punca Kecewa


Pasangan beregu lelaki negara, Demon Anthony Samin-Wan Arif Shaharuddin Wan Junaidi, mengakui prestasi dalam Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) 2019 kurang memuaskan apabila tewas dalam separuh akhir menentang Thailand.

Gandingan itu dilihat sebagai harapan Malaysia apabila berjaya menewaskan pilihan utama kategori beregu lelaki, Indonesia, dalam pusingan pertama.

Bagaimanapun, harapan itu kecundang apabila gandingan Thailand tampil dengan aksi lebih ampuh dan mereka tewas 21-19, 18-21, 8-21.

"Sepanjang ASG ini, saya rasa permainan kami kurang memuaskan kerana terlalu banyak kesilapan mudah. Mungkin kami sudah lama tidak berganding bersama," kata Anthony.

Ia kekalahan kedua buat Anthony dan Arif selepas sebelum itu kecewa di pentas akhir acara berpasukan sewaktu berdepan Indonesia selepas tewas 20-22, 22-20, 18-21.

Terdahulu, pasukan badminton negara gagal meraih pingat emas sulung mereka dalam kategori individu apabila empat wakil negara dalam acara beregu lelaki, beregu wanita, perseorangan lelaki dan beregu campuran tewas di pentas separuh akhir.


Stadium Astro

ASG: Bola Keranjang Gagal Kutip Sebarang Pingat



Bola keranjang muncul satu-satunya acara yang gagal menyumbang pingat untuk Malaysia dalam Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) 2019 sementara skuad bola tampar mengutip pengalaman berharga berdepan ribuan penyokong tuan rumah di Universiti Walisongo.

Skuad wanita negara turun dengan harapan mempertahankan gangsa ketika temasya di Kuala Lumpur tahun lalu.

Namun kapten, Tan Sin Jie, dan rakan sepasukan berdepan tugas sukar menentang pemain tuan rumah yang dibarisi rata-rata pemain berusia 18 tahun.

Suku ketiga menyaksikan Indonesia kian menjarakkan kedudukan, terutama menerusi Sophia Rebbeca Adventa yang menyumbang 24 mata dalam perlawanan tersebut.

Skuad kendalian Kenny Tham itu cuba bangkit dalam suku keempat, namun gagal menghalang Indonesia untuk meraih gangsa.

Sementara itu, skuad bola tampar wanita negara mendapat pengalaman berharga beraksi di depan penyokong fanatik tuan rumah.

Dewan Sukan Universiti Walisongo dibanjiri lebih 2,000 penyokong tuan rumah yang yakin mereka mampu meraih gangsa acara tersebut dan ternyata sorakan padu memberi kesan terhadap pemain negara yang kerap melakukan kesilapan sepanjang perlawanan sebelum akhirnya tewas 10-25, 16-25, 17-25.
 

ASG: Olahraga tetap positif gagal capai misi



Skuad olahraga negara tidak perlu kecewa gagal mencapai sasaran 10 pingat emas dalam Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) 2019 berikutan prestasi di Semarang, Indonesia, umpama pelaburan yang bakal membuahkan hasil dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi.

Enam emas, sembilan perak dan 11 gangsa meletakkan Malaysia di tangga keempat kedudukan pingat olahraga.

Ia menunjukkan kemerosotan berbanding 10 emas yang diraih dalam kempen di Selangor tahun lalu.

Namun, apa yang penting, kemunculan beberapa atlet masa depan seperti pelari pecut berusia 15 tahun, Muhammad Azeem Mohd Fahmi, yang meraih emas 200m serta perak dalam acara 100 dan 4x100m.

Begitu juga dengan Jonah Chang apabila memenangi emas menerusi acara lontar peluru dan perak untuk baling tukul besi.

Kedua-dua atlet itu dijangka mampu menyumbang enam emas dalam temasya di Filipina, tahun depan.

"Semua catatan saya di sini agak jauh daripada rekod peribadi sendiri tetapi apa yang boleh saya katakan, banyak pengalaman yang diraih kali ini dan saya pasti akan berikan persembahan yang lebih baik dalam edisi akan datang," ujar Azeem.

Jonah pula berikrar untuk terus meningkatkan prestasinya dengan melaungkan: "Saya baru berusia 16 tahun dan bagi saya, apa yang penting adalah semangat.

"Saya harap dapat menyertai tiga acara pada tahun depan."

Sementara itu, ketua jurulatih olahraga ASG negara, Mohd Poad Kassim, tetap positif dengan perkembangan sukan negara.

"Ini merupakan pencapaian terbaik negara di luar Malaysia.

"Ada atlet yang menunjukkan peningkatan tetapi dalam masa yang sama, pencabar yang lain juga ada yang beraksi lebih baik daripada atlet negara," katanya.


Sumber : stadiumastro.com

DAY 5 - PENERIMA HADIAH

DAY 5 - SEPAK TAKRAW

ASG: Hoe Yean Bersemangat Menuju Budapest



Perenang kebangsaan, Khiew Hoe Yean, wajar dijulang sebagai wira kontinjen negara di pentas Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) 2019 apabila menyumbang satu pertiga daripada jumlah pingat emas keseluruhan yang diraih Malaysia.

Atlet dari Kuala Lumpur itu muncul antara calon terbaik untuk menggantikan jaguh kebangsaan, Welson Sim.

Perenang berusia 17 tahun itu menggegar Kolam Renang Jati Diri, Semarang dengan merangkul tujuh emas dan satu perak, sekali gus menerima gelaran perenang torpedo.

Antara acara yang diunggulinya adalah 200 meter gaya bebas, 400m rampaian dan 100m kuak lentang.

Bagi Hoe Yean, pentas ASG kali ini merupakan persiapan terbaik untuk dia menghadapi Kejohanan Remaja Dunia yang bakal berlangsung di Budapest, 20 hingga 25 Ogos depan.

"Bulan depan, saya ada pertandingan dan saya rasa perlu fokus untuknya. Saya rasa sangat bagus, beraksi cemerlang, termasuk mencipta catatan peribadi terbaru dalam beberapa acara," katanya.

"Sebenarnya, dia dalam persiapan untuk menghadapi Kejohanan Remaja Dunia, jadi kami harapkan yang terbaik untuk dia. Tahun ini kami sasarkan lima emas tetapi setakat ini telah mengutip 11 emas, jadi kami berjaya mencapai sasaran," tambah jurulatih negara, Goh Kim Nee.

Jumlah 11 emas, tujuh perak dan enam gangsa merupakan pencapaian terbaik pasukan renang ASG negara sepanjang 11 edisi kejohanan itu.


Stadium Astro
 

Monday, July 22, 2019

The Beat of Gambang Semarang Triggers Malaysian Swimmers to Dance Along


Semarang: A different scenery was seen at the last Swimming match at Jati Diri Stadion, Semarang, on Monday (22/7).

Unlike the previous three days, the champions got special treatment. When they walked to the podium, the heroes were accompanied by dancers with Gambang Semarang as the backsound.

It’s quite a sight to see the athletes had to walk very slowly behind the dancers who moved gracefully in Central Java’s traditional costume. The men were seen smiling watching them.

Meanwhile, four Malaysian swimmers who got bronze from 400 meters Medley appeared to be relaxed as they walked along, following the dance moves.

“I love swimming and dancing. I would like to learn the dance if I have time,” Nessa Yin said shyly. (dok/asg2019)

 11th ASG Officials Website

Day 4 - 11th ASG 2019: Medal Tally & Malaysia's Medalists







HARI 4 - RANGKUMAN KUTIPAN PINGAT OLEH KONTIGEN MALAYSIA

HARI 4 - RANGKUMAN SEPAK TAKRAW

ASG: Skuad Badminton Negara Pamer Aksi Cemerlang




Skuad badminton negara terus beraksi cemerlang dalam kategori individu seperti beregu wanita, beregu lelaki dan perseorangan lelaki dalam Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) di Semarang, Indonesia.

Bagi aksi beregu wanita, gandingan Malaysia, Cheng Su Hui-Cheng Su Yin, mudah menewaskan pasangan dari Filipina, Jesita Putri Miantoro-Silvia Ratih, dalam aksi suku akhir.

Dalam set pertama, gandingan Malaysia itu yang juga pilihan kedua sukar mencari rentak permainan tetapi berjaya meraih kemenangan 21-19.

Selepas berjaya menyesuaikan diri dengan gelanggang, Su Hui-Su Yin tenang mempamerkan permainan cemerlang sebelum merakamkan kemenangan 21-12.

Terdahulu, beberapa pemain negara seperti perseorangan lelaki, Justin Hoh, dan beregu lelaki, Demon Anthony Samin-Wan Arif Shaharuddin Wan Mohd Junaidi, juga berjaya mengesahkan slot ke separuh akhir.


Stadium Astro

ASG: Hoe Yean Alami Kecederaan



Selepas meraih 11 pingat emas dalam Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) 2019 di Semarang, Indonesia, skuad renang negara terpaksa meneruskan saingan tanpa kelibat Khiew Hoe Yean yang dilanda kecederaan.

Saingan renang kini memasuki hari terakhir di Kolam Renang Jatidiri dengan saingan 50 meter kuak lentang sedang berlangsung.

Setakat ini, skuad renang negara berjaya mumungut 11 emas, empat perak dan empat gangsa, dengan Hoe Yean menjadi penyumbang utama dengan tujuh emas. 

Bagaimanapun, perenang berusia 16 tahun itu tidak dapat beraksi ekoran mengalami kecederaan.

Untuk perkembangan lanjut, ikuti Nadi Arena 7.30 dan 11 malam ini.


Stadium Astro

HARI 4 - RANGKUMAN RENANG

ASG: Hoe Yean Tidak Mampu Tambah Emas Lagi



Perenang negara, Khiew Hoe Yean, muncul atlet paling banyak menyumbang emas buat kontinjen negara dalam Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) 2019 di Semarang, Indonesia.

Hoe Yean merupakan perenang utama buat skuad renang negara apabila meraih tujuh emas daripada 11 yang dipungut pasukan sepanjang kempen ASG kali ini.

Bagaimanapun, penyumbang emas utama itu dilanda kecederaan dan tidak mampu menyertai dua acara terakhirnya, iaitu 50 meter kuak lentang dan 400m rampaian berganti-ganti.

"Kecederaan saya tidak begitu serius tetapi saya telah disarankan untuk berehat kerana bulan depan perlu menghadapi satu lagi kejohanan," katanya.

Namun, Hoe Yean sudah cukup berpuas hati dengan pencapaiannya kali ini dan bersyukur dengan sokongan yang diberi oleh pasukannya.

HARI 4 - RANGKUMAN BADMINTON

HARI 4 - RANGKUMAN SILAT

ASG: Kuartet Malaysia sumbang perak




Kuartet 100 meter lelaki negara meraih pingat perak dalam Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) 2019 di Semarang, Indonesia, sebentar tadi. Kuartet Helmi Zaquan, T. Loganesh, Muhammad Muzakkir Reza Khalili dan Muhammad Azeem Mohd Fahmi, dilihat sebagai harapan buat kontinjen negara untuk terus memburu pingat emas dalam saingan kali ini. Malaysia bermula baik, namun kuartet Thailand dan Indonesia mendahului perlumbaan sebelum Muzakkir mengejar saingan sebelum melepaskan baton kepada Azeem. Azeem -- yang memenangi acara 200m -- gagal untuk bersaing dengan pelari terakhir Indonesia, Adith Rico Pradana, sebelum menamatkan perlumbaan di tempat kedua sementara Thailand di tempat ketiga. Selepas menamatkan larian, Azeem menjelaskan bahawa Malaysia turun beraksi tanpa pelari utama, Muhammad Arsyad Md Saad, yang mengalami kecederaan. "Malaysia beraksi dengan barisan kuartet kedua kerana rakan sepasukan, Arsyad, mengalami kecederaan namun berjaya menamatkan saingan di tempat kedua. Ternyata sasaran emas bagi acara ini tidak berjaya dihasilkan tetapi kami akan cuba lagi pada tahun akan datang," kata Azeem.


Sumber : stadiumastro.com

HARI 4 - RANGKUMAN OLAHRAGA

HARI 4 -RANGKUMAN TENIS

HARI 4 - RANGKUMAN PING PONG

ASG: Syakirah terlepas emas


"Saya sudah janji kepada keluarga," itu luahan pesilat remaja negara, Nor Syakirah Muksin, selepas tewas 1-4 kepada wakil tuan rumah dalam aksi final Puteri C, Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) di Semarang, Indonesia hari ini.

Syakirah, yang merupakan anak petani di Kota Marudu, Sabah, beraksi umpama srikandi negara.

Dia menyerang sejak pusingan pertama hingga melakukan empat jatuhan sebelum lawan, Kurnia Fatma Amanah, melakukan serangan balas.

Pesilat berusia 18 tahun itu ketinggalan dalam pusingan ketiga dan berjuang mendapatkan mata.

Namun, beberapa keputusan wasit tidak berpihak kepadanya, sekali gus terpaksa akur dengan pingat perak.

"Saya banyak mendahului, namun wasit tidak memberikan mata. Saya minta maaf kepada keluarga kerana gagal melunaskan pingat emas yang telah dijanjikan," kata Syakirah.

"Saya kecewa dengan kegagalan ini dan berjanji untuk bangkit dalam kejohanan akan datang."


Sumber : stadiumastro.com

ASG: Beregu ping pong negara cipta kejutan



Kejayaan beregu ping pong lelaki negara, Ling Yi Heng-Tan Yi Heng, mencuri tumpuan apabila meraih pingat emas dalam Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) di Semarang, Indonesia, sebentar tadi.

Pasangan adik beradik itu mempamerkan aksi cemerlang apabila menundukkan wakil Singapura, Shi Kexun-Lim Dao Yi, 3-0 dalam final.

Beregu remaja kebangsaan itu tidak berdepan masalah untuk mengesahkan kemenangan 11-9, 11-2, 11-9.

Kemenangan itu menyaksikan pingat emas pertama diraih ping-pong bagi edisi kali ini.


Malaysia masih berpeluang melebarkan kejayaan menjelang acara perseorangan lelaki dan wanita esok.


Sumber : stadiumastro.com


ASG: Beregu Ping Pong Lelaki Negara Layak Ke Separuh Akhir



Beregu ping pong lelaki negara, Christopher Goh-Paw Chen Jun, berpeluang cerah untuk layak ke peringkat separuh akhir Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) 2019 di Semarang Indonesia, sebentar tadi. 

Mereka membuktikan Malaysia mampu merangkul pingat dalam saingan ini selepas terpaksa akur dengan pingat perak apabila tewas kepada Singapura dalam acaLra berpasukan semalam.

Selepas mencipta dua kemenangan dalam set awal, 11-6 dan 11-7, beregu kebangsaan itu akhirnya memuktamadkan kemenangan set ketiga 11-6 ke atas lawan dari Brunei, Fakrullah Abdullah Sufian-Mohamad Khairudin Omar.


Stadium Astro

ASG: Kekalahan jadi azimat Azeem raih emas



Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi, mencatat sejarah selaku pemenang pingat emas termuda acara 200 meter Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) 2019 apabila melakukan larian 21.63 saat di pentas final hari ini, sehari selepas kekalahan dalam acara 100m.

Kejayaan di Semarang, Indonesia itu menjadi detik penting buatnya kerana itu kali pertama dia meraih emas di peringkat antarabangsa.

Bagi Azeem, semangat untuk melupakan kekecewaan lalu menjadi azimat buatnya memburu emas meskipun tidak berada di tahap kecergasan terbaik.

"Walaupun saya meneruskan cabaran dalam keadaan badan tidak begitu selesa, saya bersyukur dapat menamatkannya. Namun, ia tidak menjadi halangan untuk saya memburu apa yang disasarkan. Akhirnya, saya dapat menebus kekecewaan sebelum ini," katanya.

"Saya hanya fikir mahu menebus kesilapan tempoh hari dan bertekad menyumbangkan emas buat Malaysia setelah terlepas semalam. Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu, terutama keluarga dan jurulatih. Ini adalah anugerah daripada Allah dan saya bersyukur."

Sementara itu, pelari 400m berpagar kebangsaan, Muhammad Muzakkir Reza Khalili, turut mencipta kejutan apabila meraih emas.

Dia yang tidak diletakkan selaku sasaran emas mempamerkan larian mantap sejak 100m pertama sebelum melintasi garisan penamat dengan catatan 52.25s, sekali gus mengatasi catatan terbaik peribadi.

Bagi acara baling tukul besi lelaki, Malaysia sekadar berpuas hati dengan perak dan gangsa selepas Jonah Chang mencatat balingan 55.99m dan Voon Wu Jung melakar 55.43m, bagi menamatkan saingan di belakang pemenang emas dari Myanmar.


Sumber : stadiumastro.com

Sunday, July 21, 2019

Hari Ketiga ASG 2019, Malaysia dan Thailand Berbagi Emas di Cabor Renang


Hari ketiga perlombaan cabang olahraga renang menjadi milik kontingen Malaysia. Negeri Harimau Malaya itu memborong lima medali emas dari 10 nomor final yang digelar di Kolam Renang Jati Diri, Semarang, Minggu (21/7) sore.(foto:dok/asg2019) 
 
Semarang: Hari ketiga perlombaan cabang olahraga renang menjadi milik kontingen Malaysia. Negeri Harimau Malaya itu memborong lima medali emas dari 10 nomor final yang digelar di Kolam Renang Jati Diri, Semarang, Minggu (21/7) sore. 
 
Lima medali emas direbut Malaysia masing-masing dari nomor 50 meter gaya kupu-kupu putra atas nama Bryan Leong dan 50 meter gaya kupu-kupu putri melalui perenang Alma Louis Bendix. 
 
Emas ketiga Malaysia dihasilkan Kweh Hoe Yean di nomor gaya punggung 100 meter putra. Disusul medali emas pada nomor 200 meter gaya ganti putra atas nama Hii Pong Wei. 
 
Malaysia menutup perolehan lima medali emas lewat nomor estafet 400 meter gaya bebas putra. Malaysia mengalahkan regu Indonesia dan Singapura yang berada di posisi kedua dan ketiga. 
 
Sementara Thailand mendulang tiga medali emas. Masing-masing melalui Jhinjutha Pholjamjumrs (200 meter gaya ganti putra), Kamonchanock Kwanmuang (800 meter gaya bebas putra) dan nomor estafet 400 meter gaya bebas putri. 
 
Tuan rumah Indonesia yang dihari kedua memborong empat emas, di hari ketiga harus puas dengan dua emas dari nomor 200 meter gaya dada putra atas nama Pande Made dan Adelia yang turun di nomor 200 meter gaya dada putri. 
 
Satu medali emas lagi di hari ketiga di bawa pulang perenang Filipina, Samatha Threse yang turun di nomor 100 meter gaya pungung putri (foto:dok/asg2019)



HARI 3 - RANGKUMAN KUTIPAN PINGAT OLEH KONTIGEN MALAYSIA

HARI 3 - BOLA TAMPAR

HARI 3 - RANGKUMAN SILAT

HARI 3 - RANGKUMAN BADMINTON

HARI 3 - RANGKUMAN RENANG

HARI 3 - RANGKUMAN OLAHRAGA

HARI 3 - RANGKUMAN BOLA KERANJANG

11th ASG - DAY 3- MEDAL TALLY & MALAYSIA'S MEDALISTS










Saturday, July 20, 2019

11th ASG 2019 - Day 2 Medal Tally & Medalists





HARI 2 - RANGKUMAN KUTIPAN PINGAT OLEH KONTIGEN MALAYSIA

HARI 2 - RANGKUMAN SILAT

HARI 2 - RANGKUMAN RENANG

HARI 2 - RANGKUMAN OLAHRAGA

BIRTHDAY BOY




Kejutan dilakukan oleh Pengurus Pasukan dan Jurulatih Badminton kepada seorang pemain yang bernama Chia Jeng Hon yang menyambut hari kehiran yang ke 16 pada hari ini. Semoga beliau bertambah semangat dalam menghadapi acara akhir badminton berpasukan lelaki esok....

HARI 2 - RANGKUMAN BOLA TAMPAR

HARI 2 - RANGKUMAN PING PONG

HARI 2 - RANGKUMAN BOLA KERANJANG

HARI 2 - RANGKUMAN TENIS