Monday, July 23, 2018
(STADIUM ASTRO) ASG: Atlet gimrama memukau pada hari pembukaan
Skuad gimrama negara memulakan saingan dalam Kejohanan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) 2018 dengan cemerlang apabila meraih dua pingat emas di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, hari ini.
Empat gimnas negara, Izzah Amzan, Ng Jia Wen, Rayna Hoh Khai Ling dan Iris Hoo Xin En mengungguli acara berpasukan selepas mengumpul catatan mata tertinggi, 131.950 mata, bagi empat apparatus, iaitu gelung, bola, belantan dan reben.
Thailand yang sememangnya dijangka memberi tentangan, meraih pingat perak dengan catatan 107.300 mata, diikuti skuad gimrama Indonesia.
Izzah yang beraksi dalam kejohanan sama pada edisi lalu di Singapura turut menambah koleksi pingat emas buat negara bagi acara individu all-around manakala Jia Wen pula dengan perak.
Skuad negara pada edisi lalu menyapu bersih enam pingat emas secara keseluruhan.
Sudah pasti, ia permulaan yang baik buat empat gimnas ini dalam memastikan pemburuan empat lagi pingat emas berhasil dalam acara individu bagi setiap empat apparatus, esok.
"Saya masih berasa gemuruh kerana bersaing dengan atlet pelapis juga sangat sengit. Memang tidak boleh bersikap sambil lewa hanya sesaat sekalipun," kata Izzah.
"Saya lebih yakin dengan apparatus bola manakala dalam apparatus reben pula, saya perlu mencuba yang terbaik esok," kata Jia Wen pula.
Berita asal : stadiumastro.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment