Kecemerlangan gimnas negara, Izzah Amzan, merangkul lima pingat emas dalam Kejohanan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) 2018 jelas membuktikan dia sudah cukup bersedia untuk terus mengekalkan momentum dalam Sukan Asia Indonesia pula bulan depan.
Izzah menepati ramalan untuk mengungguli edisi ASG ini susulan kejayaan meraih lima emas dan satu perak secara keseluruhan berbanding empat emas dalam edisi lalu di Singapura.
Sudah pasti, kejayaan berkenaan cukup memberi kelegaan kepada gimnas berusia 18 tahun berkenaan meskipun hanya bersaing dengan kebanyakan atlet muda lain dalam ASG bagi menghadirkan semangat tinggi untuk terus berjuang dalam temasya Indonesia 2018 pula.
Tiada perubahan rutin yang akan dilakukannya dalam Sukan Asia dalam setiap apparatus sepertimana yang telah ditampilkan dalam Sukan Komanwel Gold Coast, April lalu.
"Mungkin tiada perubahan (dalam apparatus) memandangkan Sukan Asia akan berlangsung dalam tempoh tidak sampai sebulan lagi, jadi tidak sempat untuk ubah apa-apa.
"Sebenarnya, semua apparatus pun ada perkara yang perlu diperbaiki.
"Selepas ini, saya mungkin perlu fokus kepada apparatus gelung dan reben sebab ia apparatus saya yang paling lemah dan banyak melakukan kesilapan ," kata Izzah.
Seorang lagi atlet muda, Ng Jia Wen, yang dipilih beraksi dalam temasya berprestij itu buat kali pertama, sebaliknya masih bergelut untuk mengatasi perasaan gemuruh di Indonesia nanti.
Kurang berpengalaman jika dibandingkan dengan Izzah, Amy Kwan dan Koi Sie Yan menjadikan Jia Wen agak tertekan untuk memastikan aksi terbaik dalam Sukan Asia.
"Saya tidak fikir saya sudah bersedia sepenuhnya.
"Saya perlu bekerja keras lagi dalam sesi latihan memandangkan ada melakukan kesilapan dalam kejohanan ini," kata Jia Wen.
Berita Asal : stadiumastro.com
No comments:
Post a Comment