Tuesday, July 23, 2019
ASG: Anthony Akur Kurang Keserasian Punca Kecewa
Pasangan beregu lelaki negara, Demon Anthony Samin-Wan Arif Shaharuddin Wan Junaidi, mengakui prestasi dalam Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) 2019 kurang memuaskan apabila tewas dalam separuh akhir menentang Thailand.
Gandingan itu dilihat sebagai harapan Malaysia apabila berjaya menewaskan pilihan utama kategori beregu lelaki, Indonesia, dalam pusingan pertama.
Bagaimanapun, harapan itu kecundang apabila gandingan Thailand tampil dengan aksi lebih ampuh dan mereka tewas 21-19, 18-21, 8-21.
"Sepanjang ASG ini, saya rasa permainan kami kurang memuaskan kerana terlalu banyak kesilapan mudah. Mungkin kami sudah lama tidak berganding bersama," kata Anthony.
Ia kekalahan kedua buat Anthony dan Arif selepas sebelum itu kecewa di pentas akhir acara berpasukan sewaktu berdepan Indonesia selepas tewas 20-22, 22-20, 18-21.
Terdahulu, pasukan badminton negara gagal meraih pingat emas sulung mereka dalam kategori individu apabila empat wakil negara dalam acara beregu lelaki, beregu wanita, perseorangan lelaki dan beregu campuran tewas di pentas separuh akhir.
Stadium Astro
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment