Tuesday, July 23, 2019
ASG: Bola Keranjang Gagal Kutip Sebarang Pingat
Bola keranjang muncul satu-satunya acara yang gagal menyumbang pingat untuk Malaysia dalam Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) 2019 sementara skuad bola tampar mengutip pengalaman berharga berdepan ribuan penyokong tuan rumah di Universiti Walisongo.
Skuad wanita negara turun dengan harapan mempertahankan gangsa ketika temasya di Kuala Lumpur tahun lalu.
Namun kapten, Tan Sin Jie, dan rakan sepasukan berdepan tugas sukar menentang pemain tuan rumah yang dibarisi rata-rata pemain berusia 18 tahun.
Suku ketiga menyaksikan Indonesia kian menjarakkan kedudukan, terutama menerusi Sophia Rebbeca Adventa yang menyumbang 24 mata dalam perlawanan tersebut.
Skuad kendalian Kenny Tham itu cuba bangkit dalam suku keempat, namun gagal menghalang Indonesia untuk meraih gangsa.
Sementara itu, skuad bola tampar wanita negara mendapat pengalaman berharga beraksi di depan penyokong fanatik tuan rumah.
Dewan Sukan Universiti Walisongo dibanjiri lebih 2,000 penyokong tuan rumah yang yakin mereka mampu meraih gangsa acara tersebut dan ternyata sorakan padu memberi kesan terhadap pemain negara yang kerap melakukan kesilapan sepanjang perlawanan sebelum akhirnya tewas 10-25, 16-25, 17-25.
Labels:
11th ASG,
basketball
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment