Monday, July 22, 2019

ASG: Hoe Yean Tidak Mampu Tambah Emas Lagi



Perenang negara, Khiew Hoe Yean, muncul atlet paling banyak menyumbang emas buat kontinjen negara dalam Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) 2019 di Semarang, Indonesia.

Hoe Yean merupakan perenang utama buat skuad renang negara apabila meraih tujuh emas daripada 11 yang dipungut pasukan sepanjang kempen ASG kali ini.

Bagaimanapun, penyumbang emas utama itu dilanda kecederaan dan tidak mampu menyertai dua acara terakhirnya, iaitu 50 meter kuak lentang dan 400m rampaian berganti-ganti.

"Kecederaan saya tidak begitu serius tetapi saya telah disarankan untuk berehat kerana bulan depan perlu menghadapi satu lagi kejohanan," katanya.

Namun, Hoe Yean sudah cukup berpuas hati dengan pencapaiannya kali ini dan bersyukur dengan sokongan yang diberi oleh pasukannya.

No comments:

Post a Comment