Tuesday, July 23, 2019
ASG: Pesilat Negara Akhiri Kempen Tanpa Emas
Skuad silat negara menamatkan cabaran tanpa sebarang pingat emas dalam Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (ASG) 2019 selepas harapan terakhir, Ummi Zaite Jabariah Hassan, tewas di Semarang, Indonesia, pagi tadi.
Meskipun beraksi baik dalam separuh akhir ketika menewaskan wakil Filipina, dia gagal mengulangi rentak itu apabila tumbang 0-3 kepada wakil tuan rumah dalam aksi final kelas puteri D bawah 55kg.
Dia cuba mengalahkan lawannya menerusi beberapa teknik sapuan dan tendangan sisi, namun gagal menewaskan lawannya yang lebih lincah.
Situasi itu secara tidak langsung meranapkan misi negara yang menyasarkan tiga emas, yang menyaksikan kontinjen pesilat negara menamatkan cabaran dengan empat perak dan empat gangsa.
Sementara itu, harapan terakhir skuad sepak takraw negara untuk merangkul emas melalui acara regu semakin kabur apabila sedang ketinggalan kepada Thailand dalam perlawanan akhir di Dewan Sukan Unika Soegija Pranata.
Terdahulu Malaysia mempamerkan aksi meyakinkan dalam suku akhir bertemu Indonesia, disusuli aksi separuh akhir dengan Filipina.
Stadium Astro
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment