Tuesday, July 23, 2019
ASG: Hoe Yean Bersemangat Menuju Budapest
Perenang kebangsaan, Khiew Hoe Yean, wajar dijulang sebagai wira kontinjen negara di pentas Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) 2019 apabila menyumbang satu pertiga daripada jumlah pingat emas keseluruhan yang diraih Malaysia.
Atlet dari Kuala Lumpur itu muncul antara calon terbaik untuk menggantikan jaguh kebangsaan, Welson Sim.
Perenang berusia 17 tahun itu menggegar Kolam Renang Jati Diri, Semarang dengan merangkul tujuh emas dan satu perak, sekali gus menerima gelaran perenang torpedo.
Antara acara yang diunggulinya adalah 200 meter gaya bebas, 400m rampaian dan 100m kuak lentang.
Bagi Hoe Yean, pentas ASG kali ini merupakan persiapan terbaik untuk dia menghadapi Kejohanan Remaja Dunia yang bakal berlangsung di Budapest, 20 hingga 25 Ogos depan.
"Bulan depan, saya ada pertandingan dan saya rasa perlu fokus untuknya. Saya rasa sangat bagus, beraksi cemerlang, termasuk mencipta catatan peribadi terbaru dalam beberapa acara," katanya.
"Sebenarnya, dia dalam persiapan untuk menghadapi Kejohanan Remaja Dunia, jadi kami harapkan yang terbaik untuk dia. Tahun ini kami sasarkan lima emas tetapi setakat ini telah mengutip 11 emas, jadi kami berjaya mencapai sasaran," tambah jurulatih negara, Goh Kim Nee.
Jumlah 11 emas, tujuh perak dan enam gangsa merupakan pencapaian terbaik pasukan renang ASG negara sepanjang 11 edisi kejohanan itu.
Stadium Astro
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment