Monday, July 22, 2019
ASG: Syakirah terlepas emas
"Saya sudah janji kepada keluarga," itu luahan pesilat remaja negara, Nor Syakirah Muksin, selepas tewas 1-4 kepada wakil tuan rumah dalam aksi final Puteri C, Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) di Semarang, Indonesia hari ini.
Syakirah, yang merupakan anak petani di Kota Marudu, Sabah, beraksi umpama srikandi negara.
Dia menyerang sejak pusingan pertama hingga melakukan empat jatuhan sebelum lawan, Kurnia Fatma Amanah, melakukan serangan balas.
Pesilat berusia 18 tahun itu ketinggalan dalam pusingan ketiga dan berjuang mendapatkan mata.
Namun, beberapa keputusan wasit tidak berpihak kepadanya, sekali gus terpaksa akur dengan pingat perak.
"Saya banyak mendahului, namun wasit tidak memberikan mata. Saya minta maaf kepada keluarga kerana gagal melunaskan pingat emas yang telah dijanjikan," kata Syakirah.
"Saya kecewa dengan kegagalan ini dan berjanji untuk bangkit dalam kejohanan akan datang."
Sumber : stadiumastro.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment