Monday, July 22, 2019

ASG: Skuad Badminton Negara Pamer Aksi Cemerlang




Skuad badminton negara terus beraksi cemerlang dalam kategori individu seperti beregu wanita, beregu lelaki dan perseorangan lelaki dalam Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) di Semarang, Indonesia.

Bagi aksi beregu wanita, gandingan Malaysia, Cheng Su Hui-Cheng Su Yin, mudah menewaskan pasangan dari Filipina, Jesita Putri Miantoro-Silvia Ratih, dalam aksi suku akhir.

Dalam set pertama, gandingan Malaysia itu yang juga pilihan kedua sukar mencari rentak permainan tetapi berjaya meraih kemenangan 21-19.

Selepas berjaya menyesuaikan diri dengan gelanggang, Su Hui-Su Yin tenang mempamerkan permainan cemerlang sebelum merakamkan kemenangan 21-12.

Terdahulu, beberapa pemain negara seperti perseorangan lelaki, Justin Hoh, dan beregu lelaki, Demon Anthony Samin-Wan Arif Shaharuddin Wan Mohd Junaidi, juga berjaya mengesahkan slot ke separuh akhir.


Stadium Astro

No comments:

Post a Comment